Categories
Basic Arabic

Program IT’ Am

Program Dapur it’am Sifar Lapar adalah salah satu inisiatif program yang di perkenalkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah pelaksanaan Program Musaadah Covid-19 yang telah dimulakan pada bulan oktober 2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Walaubagaimanapun program ini ditangguhkan sementara bermula 14 Oktober 2020 yang lalu apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Inisiatif untuk mengerakan semula program ini perlu dilakukan kerana Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB )telah dilanjutkan sehingga 6 Disember 2020. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengambil tindakan proaktif untuk memohon program ini dilaksanakan semula kerana dilihat akan keperluannya untuk membantu golongan yang terkesan khususnya dikalangan Warga Wilayah Persekutuan iaitu dengan mengaktifkan semula Program Dapur It’am Sifar Lapar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengambil kira beberapa perkara sepertimana berikut :

  1. Kaedah perlaksanaan program ini adalah dibuat secara masak bergotong royong oleh ( 10 orang) sukarelawan masjid dan surau yang dipilih oleh masjid dan surau berkaitan.
  2. Sebanyak 24 buah Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Jaya dan Labuan terlibat dalam menjayakan Program ini.
  3. Setiap Masjid dan Surau akan melaksanakan Program tersebut sebanyak 4 kali sebulan iaitu seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  4. Seramai 300 orang penerima akan mendapat manaafat program ini pada setiap minggu. Penerima adalah dikalangan anak kariah masjid dan surau yang terdiri daripada kalangan asnaf dan keluarga yang tinggal PPR, PPA , Kampung Tradisi, termasuk juga Petugas Barisan Hadapan, Petugas Keselamatan dan sebagainya.
  5. Pematuhan kepada Garis Panduan Program Dapur It’am akan sentiasa dipatuhi dalam memastikan agar program ini tidak menjadi penyebab kepada berlakunya risiko jangkitan Covid 19

Perbelanjaan keseluruhan program ini ialah sebanyak Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Enam Puluh Empat Ribu
(RM 864,000).

Seramai Lapan Ratus Enam Puluh Empat Ribu (864,000) orang dijangka akan menerima manafaat daripada program ini

Semoga dengan adanya program ini ianya akan dapat membantu untuk meringgankan bebanan golongan yang terkesan akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Jadual Dapur It’am Sifar Lapar pada 21 & 22 November 2020 – Sabtu & Ahad*

Zon 1

  1. Surau Al-Hikmah PPR Beringin pada 22/11/2020 (Ahad)

12.00 Tghr

  1. Surau Al-Hidayah PPR Taman Wahyu pada 22/11/2020 (Ahad)

12.00 Tghr

  1. Surau Al-Hijrah PPR Intan Baiduri pada 21/11/2020 (Sabtu)

12.00 Tghr

Zon 2

21 November (Sabtu)

  1. Masjid Salahuddin AlAyyubi Taman Melati

12.00 Tengah hari

2- Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar

(4.30 Petang)

Zon 3

21 November (Sabtu)

1.Surau Jumaat Silaturrahim PPR SRI ALAM

12.00 Tghr

( Simbolik Penyerahan Tuan Haji Abdul Rani Tahir)KPP BPM

22 November (Ahad)

  1. Surau Al Falah PPR Hiliran Ampang

12.00 Tghr

Zon 4

20 November (Sabtu)

  1. Surau Jumaat At Taqwa, Jln Ayer Panas
    12.00 Tengahari

Zon 5

  • tiada

Zon 6

  • tiada

Putrajaya

  • tiada

Labuan

  • 21 November (Sabtu)
    Masjid Annur Labuan

12.00 Tghr

….admin mohon maaf…kerana jadual adalah tertakluk pada perubahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *