Author: admin
Penutupan Surau mula 9.12.20
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada:
Semua Jemaah Surau Silaturrahim PPR Seri Alam Yang Dikasihi.
Untuk makluman, pihak Surau telah menerima surat makluman status zon dari pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dukacita dimaklumkan bahawa status Surau Silaturrahim tersenarai di dalam kawasan ZON MERAH
Berkuatkuasa 9 Disember 2020 sehingga 15 Disember 2020
Makluman status zon (Hijau / Kuning / Jingga)/Merah) akan diperolehi pada hari Rabu setiap minggu.
Oleh yang demikian, solat berjemaah 5 waktu ditutup untuk umum (hanya kehadiran imam dan bilal sahaja berjemaah) , dan jumaat terhad bilangan 12 jemaah dan 1 imam (13 orang), Keadaan ini kekal sehingga makluman terbaharu dikeluarkan.
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan diharapkan agar semua jemaah dapat bersabar dan berdoa agar mudah-mudahan keadaan (kes Covid-19) menurun pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan amanah,
Pihak Pengurusan Surau Silaturrahim
9 Disember 2020
Program IT’ Am
Program Dapur it’am Sifar Lapar adalah salah satu inisiatif program yang di perkenalkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah pelaksanaan Program Musaadah Covid-19 yang telah dimulakan pada bulan oktober 2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Walaubagaimanapun program ini ditangguhkan sementara bermula 14 Oktober 2020 yang lalu apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Inisiatif untuk mengerakan semula program ini perlu dilakukan kerana Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB )telah dilanjutkan sehingga 6 Disember 2020. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengambil tindakan proaktif untuk memohon program ini dilaksanakan semula kerana dilihat akan keperluannya untuk membantu golongan yang terkesan khususnya dikalangan Warga Wilayah Persekutuan iaitu dengan mengaktifkan semula Program Dapur It’am Sifar Lapar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengambil kira beberapa perkara sepertimana berikut :
- Kaedah perlaksanaan program ini adalah dibuat secara masak bergotong royong oleh ( 10 orang) sukarelawan masjid dan surau yang dipilih oleh masjid dan surau berkaitan.
- Sebanyak 24 buah Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Jaya dan Labuan terlibat dalam menjayakan Program ini.
- Setiap Masjid dan Surau akan melaksanakan Program tersebut sebanyak 4 kali sebulan iaitu seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Seramai 300 orang penerima akan mendapat manaafat program ini pada setiap minggu. Penerima adalah dikalangan anak kariah masjid dan surau yang terdiri daripada kalangan asnaf dan keluarga yang tinggal PPR, PPA , Kampung Tradisi, termasuk juga Petugas Barisan Hadapan, Petugas Keselamatan dan sebagainya.
- Pematuhan kepada Garis Panduan Program Dapur It’am akan sentiasa dipatuhi dalam memastikan agar program ini tidak menjadi penyebab kepada berlakunya risiko jangkitan Covid 19
Perbelanjaan keseluruhan program ini ialah sebanyak Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Enam Puluh Empat Ribu
(RM 864,000).
Seramai Lapan Ratus Enam Puluh Empat Ribu (864,000) orang dijangka akan menerima manafaat daripada program ini
Semoga dengan adanya program ini ianya akan dapat membantu untuk meringgankan bebanan golongan yang terkesan akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.
Jadual Dapur It’am Sifar Lapar pada 21 & 22 November 2020 – Sabtu & Ahad*
Zon 1
- Surau Al-Hikmah PPR Beringin pada 22/11/2020 (Ahad)
12.00 Tghr
- Surau Al-Hidayah PPR Taman Wahyu pada 22/11/2020 (Ahad)
12.00 Tghr
- Surau Al-Hijrah PPR Intan Baiduri pada 21/11/2020 (Sabtu)
12.00 Tghr
Zon 2
21 November (Sabtu)
- Masjid Salahuddin AlAyyubi Taman Melati
12.00 Tengah hari
2- Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar
(4.30 Petang)
Zon 3
21 November (Sabtu)
1.Surau Jumaat Silaturrahim PPR SRI ALAM
12.00 Tghr
( Simbolik Penyerahan Tuan Haji Abdul Rani Tahir)KPP BPM
22 November (Ahad)
- Surau Al Falah PPR Hiliran Ampang
12.00 Tghr
Zon 4
20 November (Sabtu)
- Surau Jumaat At Taqwa, Jln Ayer Panas
12.00 Tengahari
Zon 5
- tiada
Zon 6
- tiada
Putrajaya
- tiada
Labuan
- 21 November (Sabtu)
Masjid Annur Labuan
12.00 Tghr
….admin mohon maaf…kerana jadual adalah tertakluk pada perubahan..