Categories
Basic Arabic

Program IT’ Am

Program Dapur it’am Sifar Lapar adalah salah satu inisiatif program yang di perkenalkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah pelaksanaan Program Musaadah Covid-19 yang telah dimulakan pada bulan oktober 2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Walaubagaimanapun program ini ditangguhkan sementara bermula 14 Oktober 2020 yang lalu apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Inisiatif untuk mengerakan semula program ini perlu dilakukan kerana Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB )telah dilanjutkan sehingga 6 Disember 2020. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengambil tindakan proaktif untuk memohon program ini dilaksanakan semula kerana dilihat akan keperluannya untuk membantu golongan yang terkesan khususnya dikalangan Warga Wilayah Persekutuan iaitu dengan mengaktifkan semula Program Dapur It’am Sifar Lapar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengambil kira beberapa perkara sepertimana berikut :

  1. Kaedah perlaksanaan program ini adalah dibuat secara masak bergotong royong oleh ( 10 orang) sukarelawan masjid dan surau yang dipilih oleh masjid dan surau berkaitan.
  2. Sebanyak 24 buah Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Jaya dan Labuan terlibat dalam menjayakan Program ini.
  3. Setiap Masjid dan Surau akan melaksanakan Program tersebut sebanyak 4 kali sebulan iaitu seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  4. Seramai 300 orang penerima akan mendapat manaafat program ini pada setiap minggu. Penerima adalah dikalangan anak kariah masjid dan surau yang terdiri daripada kalangan asnaf dan keluarga yang tinggal PPR, PPA , Kampung Tradisi, termasuk juga Petugas Barisan Hadapan, Petugas Keselamatan dan sebagainya.
  5. Pematuhan kepada Garis Panduan Program Dapur It’am akan sentiasa dipatuhi dalam memastikan agar program ini tidak menjadi penyebab kepada berlakunya risiko jangkitan Covid 19

Perbelanjaan keseluruhan program ini ialah sebanyak Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Enam Puluh Empat Ribu
(RM 864,000).

Seramai Lapan Ratus Enam Puluh Empat Ribu (864,000) orang dijangka akan menerima manafaat daripada program ini

Semoga dengan adanya program ini ianya akan dapat membantu untuk meringgankan bebanan golongan yang terkesan akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Jadual Dapur It’am Sifar Lapar pada 21 & 22 November 2020 – Sabtu & Ahad*

Zon 1

  1. Surau Al-Hikmah PPR Beringin pada 22/11/2020 (Ahad)

12.00 Tghr

  1. Surau Al-Hidayah PPR Taman Wahyu pada 22/11/2020 (Ahad)

12.00 Tghr

  1. Surau Al-Hijrah PPR Intan Baiduri pada 21/11/2020 (Sabtu)

12.00 Tghr

Zon 2

21 November (Sabtu)

  1. Masjid Salahuddin AlAyyubi Taman Melati

12.00 Tengah hari

2- Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar

(4.30 Petang)

Zon 3

21 November (Sabtu)

1.Surau Jumaat Silaturrahim PPR SRI ALAM

12.00 Tghr

( Simbolik Penyerahan Tuan Haji Abdul Rani Tahir)KPP BPM

22 November (Ahad)

  1. Surau Al Falah PPR Hiliran Ampang

12.00 Tghr

Zon 4

20 November (Sabtu)

  1. Surau Jumaat At Taqwa, Jln Ayer Panas
    12.00 Tengahari

Zon 5

  • tiada

Zon 6

  • tiada

Putrajaya

  • tiada

Labuan

  • 21 November (Sabtu)
    Masjid Annur Labuan

12.00 Tghr

….admin mohon maaf…kerana jadual adalah tertakluk pada perubahan..

Categories
Basic Arabic

Sumbangan untuk asnaf

Majlis Agihan Sumbangan Asnaf Bersama JFB Sempena Misi Musaadah Covid-19 @ Suru Silaturrahim, PPR Seri Alam

Tarikh : 25 Oktober 2020 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi
Jumlah penerima : 50 pax
Tempat : Surau Silaturrahim, PPR Seri Alam, Jalan Sg. Besi
Lokasi : Surau Silaturrahim
PPR, No. 4-0-2, Jalan Lapangan Terbang Lama, Wilayah Persekutuan, 57100 Kuala Lumpur
https://maps.app.goo.gl/u7EbzHG4aeWiNWgs5

Disempurnakan oleh : YB Senator Datuk Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tentatif Majlis
10.45 – Ketibaan YBrs. Pengarah JAWI
11.00 – Ketibaan YB Menteri
11.05 – Ucapan YBrs. Tuan Hj. Mohd Ajib bin Ismail – Pengarah JAWI
11.10 – Ucapan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
11.15 – Penyampaian sumbangan barangan keperluan JAWI Food Bank di Surau Silaturrahim (20 penerima)
11.25 – Jamuan ringan/bersurai

VIP lain

  1. Us. Hj. Muhamad Zakuwa bin Rodzali – Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
  2. Us. Syed Abdullah bin Syed Nordin, Pegawai Tadbir Agama Zon 3, JAWI
  3. En. Ahmad Syukri bin Ibrahim – Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Alam/Surau Silaturrahim

https://maps.app.goo.gl/u7EbzHG4aeWiNWgs5

Categories
Basic Arabic

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM CELIK AL-QURAN

program dirasmikan oleh pengerusi MAWIP

Pengerusi SURAU SILATURAHIM

Pengerusi Surau Silaturahim – PPR Seri Alam KL.

Categories
Basic Arabic

PROGRAM JOM CELIK AL-QURAN

Categories
Basic Arabic

Basic Arabic – Lesson 3 (Part 2)